Ketika dia datang dalam hidupku. Sejuta harapan selalu memenuhi memoriku. Dia memberikannya dengan mudah seperti mengobral harapan dan ternyata harapan itu palsu. Kucuba untuk tetap bertahan, tapi akhirnya ku rapuh jua. Beribu harapan tertimbun hingga ku tak kuasa menanggungnya. Kau membuatku melambung jauh di awan-awan. Sekejap kau jatuhkan diriku dalam puing-puing reruntuhan hati. Kejam…
Setiap insan punya hati dan perasaan, tetapi itulah juga yang selalu dilupakan oleh insan yang lain....sehingga ada yang tergamak melukakan hati sesama insan...
Tetapi aku perlu sentiasa menyedari, itulah yang dikatakan kehidupan. Bukanlah dikatakan sebuah kehidupan jika segala yang dilalui indah-indah belaka. Inilah juga yang dinamakan ujian...ujian yang insyaAllah menambahkan kematangan...
Setiap insan berhak berasa sedih apabila hatinya terluka, tiada siapa yang berhak melarang. Luahan perasaan kadangkala dapat menenangkan walaupun tanpa suara. Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepadaku ketabahan. Aku yakin semua ini tanda kasih Allah padaku agar aku tidak terus dipermainkan...
Tiada siapa yang perlu bimbang, segalanya akan kusimpan di dalam hati kerana aku bukanlah seorang yang suka menjaja rahsia peribadi kecuali apabila tiba masanya aku tidak tertahan lagi atau harga diri minta dibelai...Maaf atas apa yang telah berlaku...aku hanya wanita biasa...

3 comments:
>>___<<
big hugs ...
mulut diam ..
tapi anggota badan lain
x semestinya kene diam kan
kalau perlu, leh sepak kew,
kenyit2 mata kew ... ekekke
be strong
yup...setuju...better diam if itu yg terbaik..
frodo: wahhahaha...sepak ko leh x??;-p..eh kenyit mate kt ko leh???;-p
black_mel: yup..mls kn nk kecoh2...wat penat jiwe jer..
Post a Comment